Saya sudah lepaskan jawatan Pengarah Kumpulan Kenanga - Zafrul 

Saya sudah lepaskan jawatan Pengarah Kumpulan Kenanga – Tengku Zafrul 

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, beliau memegang jawatan Pengarah Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010. 

Menurut beliau, melalui jawatan itu, beliau juga dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga, termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Limited. 

Beliau turut memberitahu, pada bulan Jun 2010, Tengku Zafrul dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di  Maybank Investment Bank Bhd. dan telah melepaskan kesemua pelantikannya sebagai eksekutif dan pengarah di dalam Kumpulan Kenanga. 

“Walaupun pejabat saya ketika dihubungi telah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa saya telah melepaskan jawatan pengarah ketika saya meninggalkan Kumpulan Kenanga pada bulan Jun 2010, mereka tetap menerbitkan artikel tersebut dan membabitkan nama saya dengan memberi gambaran bahawa saya masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Limited.

“Walhal ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Kenanga. Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang  sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penjelasan Tengku Zafrul itu merujuk kepada artikel yang diterbitkan di portal berita, Malaysiakini bertarikh hari ini bertajuk “Politicians, Ministers and M’sian Uber Rich Revealed in Latest Offshore Leak”.

Semalam, Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kononnya fail kewangan sulit yang sebesar 2.94 terabyte.

Ia melibatkan kebocoran hampir sedozen juta dokumen daripada 14 penyedia khidmat luar pesisir termasuk di Singapura yang cukup popular dalam kalangan ramai jutawan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN