Sah! Kerajaan Negeri Melaka bergolak - Utusan Malaysia

Sah! Kerajaan Negeri Melaka bergolak

SULAIMAN MD. ALI dan ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Tunggu berita petang ini.”

Demikian jawapan ringkas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka, Ahmad Bilal Rahudin yang memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa, berita berhubung pergolakan dalam kerajaan negeri ada disampaikan oleh seorang wakil rakyat kepadanya.

Bagaimanapun, identiti ahli dewan undangan negeri (ADUN) itu dan daripada parti mana tidak didedahkan.

“Ada seorang YB (yang berhormat) beritahu akan ada berita petang ini. YB mana saya tidak boleh beritahu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Online  melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Utusan turut difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Setakat berita ini ditulis, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang sudah dihubungi belum memberikan sebarang respons berkenaan perkara ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bilal yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka menambah, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kemelut berkenaan kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap.

Ujarnya, menurut sumber, memang terdapat perbincangan dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

“Yang pasti tidak melibatkan Pas kerana Pas tidak ada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya pun tidak boleh komen kerana tidak ada maklumat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya