Ronaldo janji terus gegar jaring - Utusan Malaysia

Ronaldo janji terus gegar jaring

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika menentang Luxembourg aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar di Stadium Algarve di Loule, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALMANCIL: Penjaring terbanyak sepanjang zaman Cristiano Ronaldo berjanji akan sentiasa mencari lebih banyak gol selepas merekodkan satu lagi hatrik ketika Portugal menewaskan Luxembourg 5-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia awal pagi, semalam.

Bintang Manchester United itu, merakamkan hatrik yang ke-58 sepanjang kariernya dan ke-10 bersama Portugal dalam perlawanan di Estadio Do Algarve.

Pemenang lima kali Anugerah Ballon d’Or itu, memenangi dan menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti dalam tempoh lima minit pada awal babak pertama sebelum melengkapkan hatriknya pada tiga minit terakhir, di mana Bruno Fernandes dan Joao Palhinha turut mencetak nama sebagai penjaring.

Ronaldo, 36, berjaya melebarkan rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa kepada 115 gol selepas menyamai rekod dunia 109 gol di peringkat antarabangsa milik legenda Iran, Ali Daei, Jun lalu.

“Satu lagi kemenangan, satu lagi langkah ke arah sasaran kami, satu lagi malam bersejarah dalam mempertahankan bendera kami!

“Segala-galanya menjadi lebih mudah apabila kami bermain di laman kami dan di depan penyokong yang mengambil berat mengenai kami dari minit pertama hingga terakhir.

“Saya telah berjanji yang saya akan sentiasa mencari lebih banyak dan lebih banyak dan lebih banyak (gol).

“Ia berada dalam DNA saya dan DNA kami, kami tidak pernah berpuas hati, kami tidak pernah mengendurkan semangat kami dan kami sentiasa melakukannya,” tulisnya dalam Instagram miliknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya