RM635 juta untuk kebajikan warga emas - Utusan Malaysia

RM635 juta untuk kebajikan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan menyediakan peruntukan lebih RM635 juta khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul berkata, pemberian tersebut diberikan sebagai sebahagian langkah mempergiatkan program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutamanya melibatkan warga emas.

“Menjelang 2030, Malaysia bakal dikategorikan sebagai negara menua.

“Bagi memastikan setiap warga emas yang memerlukan mendapat sokongan berterusan, sebanyak RM635 juta diberikan khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas,” katanya ketika Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2022) di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya