Pura Tanjung Sabtu perlu diindahkan untuk pelancongan - Utusan Malaysia

Pura Tanjung Sabtu perlu diindahkan untuk pelancongan

KEADAAN terkini Pura Tanjung Sabtu yang terbiar usang selepas kemangkatan pemiliknya di Kampung Tanjung Sabtu, Kuala Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Rumah kayu tradisional, Pura Tanjung Sabtu yang terletak di Kampung Tanjung Sabtu di sini berpotensi dijadikan sebagai antara tarikan dalam produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT).

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Sabtu, Wan Rosli Wan Shafie berkata, kediaman peribadi milik kerabat diraja Terengganu, Almarhum Tengku Ismail Tengku Su itu mempunyai keunikan tersendiri selepas kisahnya tular di media sosial.

Katanya, Pura Tanjung Sabtu merupakan gabungan tujuh rumah lama yang dibeli pemiliknya daripada pelbagai lokasi di negeri ini dengan setiap satunya difahamkan berusia lebih 100 tahun.

Menurutnya, sekitar 1990-an, lokasi itu pernah menjadi tum­puan ramai pelancong terutama dari Eropah kerana sebahagiannya dijadikan tempat penginapan kenamaan yang ingin menikmati suasana kehidupan zaman silam.

“Selain minat memulihara rumah-rumah lama, Almarhum juga mahir menenun songket dan menjalankan perusahaan itu di Pura Tanjung Sabtu.

“Selepas kemangkatan Almarhum pada 2011, Pura Tanjung Sabtu kosong tanpa penghuni dan terbiar usang hingga sekarang, jadi penduduk berharap agar sekurang-kurangnya lokasi ini dapat diindahkan sebagai tarikan pengunjung selaras inisiatif CBT,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Wan Rosli berkata, tempoh 10 tahun terbiar menyebabkan beberapa struktur rumah ber­kenaan rosak seperti bumbung dan lantainya, malah ada juga yang dicuri termasuk bahagian tangga di samping kawasan sekitar premis persendirian itu yang dipenuhi lalang.

Katanya, permohonan untuk mengindahkan kawasan ber­kenaan sudah dipohon kepada kerajaan negeri bagi kerja-kerja pembersihan luaran.

“JPKK ada perancangan untuk memulihkan lokasi ini tetapi bergantung kepada keizinan pewarisnya kerana Pura Tanjung Sabtu dibina di tanah persendirian,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN