PRN Melaka: Khairuddin saran Ahmad Zahid berunding - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Khairuddin saran Ahmad Zahid berunding

KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus berunding dengan parti-parti Melayu Islam dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, nasib politik Melayu Islam di Melaka tidak perlu dipertaruhkan hanya kerana keyakinan UMNO sudah kembali pulih. 

“Maaf Datuk Seri (Ahmad Zahid). Berundinglah. Jangan dipertaruhkan nasib politik Melayu Islam di Melaka hanya kerana keyakinan UMNO telah kembali pulih. 

“Inilah masanya untuk semua parti Melayu Islam duduk bersama memimpin umat,” tulisnya di ruangan komen dalam satu hantaran Facebook ahli Parlimen Bagan Datuk itu, semalam.

Dalam hantaran itu, Ahmad Zahid menyifatkan, rakyat Melaka akan memilih UMNO dan Barisan Nasional kerana parti itulah kestabilan dan kemakmuran yang dirindui mereka. 

Beliau berkata, pada masa ini, sesiapa sahaja boleh membuat andaian tentang apa yang berkemungkinan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Katanya, walau segala telahan mahupun pandangan, penentu sebenar adalah rakyat Melaka yang berkuasa untuk memilih. – UTUSAN ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya