PRN Melaka: Kerajaan belum putuskan - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Kerajaan belum putuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka atau sebaliknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet dijangka membuat keputusan sebaik  sahaja Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, setakat ini Kabinet telah mengadakan mesyuarat dan berbincang berkenaan situasi di negeri tersebut dalam mesyuarat hari ini.

“Kita sudah adakan mesyuarat Kabinet dan berbincang berkenaan situasi di Melaka. Tapi kita tidak buat keputusan. Kita tunggu Sultan Nazrin dapatkan pandangan daripada Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan SPR dahulu.

“Jadi kita tunggulah selepas itu. Kabinet dijangka  umumkan perkara tersebut minggu depan,” katanya ketika menghadiri majlis Pra Pelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri hari ini.. – UTUSAN ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN