fbpx

6 Disember 2021, 1:59 pm

PRN Melaka: Gerakan tunggu keputusan PN, Pejuang tidak bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sedang berunding bersama Perikatan Nasional (PN) dengan menghantar senarai calon dan kawasan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, segala keputusan akan diumumkan oleh PN dalam masa terdekat untuk senarai calon serta jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Katanya, Gerakan juga bertindak membuat pembaharuan dengan mengadakan satu perjanjian taat setia bersama calon yang mahu mewakili parti itu bagi mengelakkan calon melompat parti.

“Ketika pihak kami turun padang untuk berjumpa pengundi di Melaka, kita mendapati ramai rakyat mengadu letih dengan permainan politik ketika ini.

“Rakyat tidak gemar melihat tindakan sesetengah ahli politik melompat parti dengan sesuka hati. Justeru itu, Gerakan akan mengadakan satu perjanjian untuk mengelak perkara itu berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dominic Lau berkata, Gerakan sudah mengarahkan semua pemimpin atau calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, untuk turun ke Melaka sebagai persediaan menghadapi PRN Melaka.

“Tindakan tersebut dibuat untuk membantu dan memberikan sokongan dari segi pengalaman dan bantuan, Gerakan di Melaka amat memerlukan sokongan penuh daripada parti ketika ini.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin berkata, Pejuang tidak bersetuju dengan adanya PRN ketika rakyat sedang kesusahan menghadapi pandemik Covid-19.

“PRN di Melaka adalah hasil daripada perebutan kuasa UMNO dan PN. Rakyat yang perlu menghadapi akibatnya berikutan tembolok politik mereka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI