Polis kesan saksi bantu kes budak jatuh hotel  - Utusan Malaysia

Polis kesan saksi bantu kes budak jatuh hotel 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis meminta saksi kejadian seorang budak perempuan berusia enam tahun yang ditemukan maut di lantai tingkat satu sebuah hotel di Tanjung Bungah, di sini semalam tampil membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi itu. 

Menurutnya, mayat mangsa selesai dibedah siasat di Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi dan dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengkebumian di Sungai Petani, Kedah. 

“Lokasi kejadian tidak mempunyai sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan polis sehingga kini masih menyiasat punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut termasuk lokasi sebenar dia terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak yang juga anak bongsu  sebuah keluarga ditemukan maut dipercayai terjatuh dari hotel tempat mereka menginap di Tanjung  Bungah semalam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya