PN Melaka sedia runding kerusi dengan UMNO - Utusan Malaysia

PN Melaka sedia runding kerusi dengan UMNO

MOHD. RAFIQ Naizamohideen (duduk tengah) bersama Kamaruddin Sidek (duduk kiri) dan Michael Gan Peng Lam dalam sidang akhbar PN Melaka di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) negeri sedia berunding dengan UMNO berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, perbincangan itu penting bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada UMNO sama ada mahu berunding atau sebaliknya.

“Kalau mereka (UMNO) enggan berunding, itu hak mereka. PN sentiasa terbuka untuk berunding.

“Keteguhan solidariti antara komponen-komponen PN menjadi kekuatan kami. Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan bertembung sesama sendiri,” katanya pada sidang akhbar PN Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama dua Naib Pengerusi PN Melaka, Datuk Kamarudin Sidek dan Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka selepas dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam pada itu, Kamarudin Sidek yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka berkata, Pas juga akan melakukan rundingan dengan UMNO, sekiranya berlaku pertindihan.

“Kita akan berunding untuk elak pertembungan. Sebolehnya kita mahu pertembungan dua penjuru sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Pas bertanding 23 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi tidak memenangi sebarang kerusi DUN. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya