PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebak ketika menyentuh isu kemiskinan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara hari ini.
Raut wajah Perdana Menteri kelihatan sugul dan nadanya sebak sebaik sahaja mula membentangkan Fokus Kelima: Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan RMK-12.
Beliau yang membacakan ucapan ketika itu turut terhenti sebaik menyentuh isu kemiskinan kerana dilahirkan daripada keluarga penoreh getah.
Ismail Sabri bagaimanapun meneruskan ucapannya. – UTUSAN ONLINE