IPOH: PKR Cabang Tambun mencadangkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai antara calon untuk bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Cabang Tambun, Ashraf Kahasani berkata, dua lagi nama yang dicadangkan ialah Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Ketua Cabang PKR Tambun, Muhamad Arafat. Menurutnya, tiga nama itu dicadangkan sebagai calon di Parlimen Tambun pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang…










