JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengemukakan 10 cadangan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbang dan dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022. Timbalan Pengerusi PKR negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, Jawatankuasa Bajet 2022 yang dipengerusikan beliau akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan perkara tersebut. Katanya, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad telah sedia maklum mengenai penubuhan jawatankuasa itu selepas mengadakan pertemuan pada Rabu lalu. Menurutnya, antara 10 cadangan yang mungkin diberikan perhatian adalah berkenaan isu ekonomi, perumahan, air, wanita, orang muda serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). “Kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya