[PARLIMEN] Perairan: Perlu dapatkan persetujuan khas Malaysia - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Perairan: Perlu dapatkan persetujuan khas Malaysia

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persetujuan khas daripada Kerajaan Malaysia perlu diperoleh bagi mana-mana kapal perang atau kapal selam berkuasa nuklear yang memasuki wilayah perairan negara ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persetujuan khas daripada Kerajaan Malaysia mestilah terlebih dahulu diperoleh dan dipertimbang secara satu persatu.

“Saya mengingatkan kepada Menteri Pertahanan dan Utusan Khas Australia bahawa semua pihak harus menghindari daripada menggunakan sebarang tindakan ketenteraan yang dianggap provokatif atau berpotensi meningkatkan ketegangan serta mencetuskan konflik.

“Saya turut menekankan bahawa pendirian Malaysia tidak berganjak iaitu sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian perlu ditangani, konsisten dan jelas menerusi dialog dan jalan perundingan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nizar Zakaria (BN-Parit ) berhubung pendirian terkini kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan berkaitan isu pakatan keselamatan tiga negara yang telah diwujudkan antara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) susulan kunjungan Utusan Khas Australia ke baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN