Penubuhan parti politik baharu satu keunikan di negara ini - PM - Utusan Malaysia

Penubuhan parti politik baharu satu keunikan di negara ini – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Penubuhan parti politik, Parti Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh Kamarazaman Yaakob iaitu abang kandung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan perkara baharu dalam negara.

Ismail Sabri berkata, perkara tersebut menggambarkan keunikan dan kelebihan di negara ini yang betul-betul mengamalkan prinsip demokrasi.

“Bagi saya itu terserah kepadanya, ia satu demokrasi dalam negara kita dan bukan perkara baharu, satu keluarga menyertai pelbagai politik.

“Kita juga perlu matang dalam berpolitik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Bera dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, di sini hari ini.

Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh Kamarazaman secara rasminya dilancarkan di The Diplomat, di Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu.

Pelancaran parti itu sekali gus menambahkan satu lagi parti politik yang berbilang kaum di negara ini namun berpaksikan kepada konsep Nasionalisme Marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.

Presidennya, Kamarazaman berkata, parti itu akan bersuara, bergerak dan berjuang dalam menuntut hak-hak dan keperluan golongan berkenaan dan anak muda selain menumpukan kepada pendidikan percuma, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kesihatan percuma, perumahan, peluang pekerjaan, petani, kelestarian alam sekitar dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ‘orang tengah dan modal kaum’.

Ismail Sabri berkata, Kamarazaman juga pernah bertanding atas tiket Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990 berdepan dengan pemimpin UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik di Parlimen Temerloh.

Nama Kamarazaman tidak asing sebagai pendukung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dari 1972 ke 1974 bersama-sama aktivis lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya