Pengundi muda jangan ulangi kesilapan PRU-14 - Utusan Malaysia

Pengundi muda jangan ulangi kesilapan PRU-14

SAARANI MOHAMAD (kiri) ketika sesi soal jawab pada program Moh Ngopi DUN Lubok Merbau di Kampung Padang Assam, Kuala Kangsar, Perak, hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Pengundi muda diingatkan tidak mengulangi kesilapan seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga tiada satu parti pun yang dominan untuk menjadi kerajaan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kesilapan memilih itu menyebabkan ketidakstabilan politik negara sehingga sekarang.

Menurut beliau, keadaan itu bukan satu gambaran yang baik kerana kerajaan memerintah terumbang-ambing.

“Nasihat saya kepada orang muda,  apabila mengundi jangan ikut emosi, pilihlah kerajaan yang kuat demi kebajikan kita.

“Jangan ulangi kesilapan seperti pada pilihan raya 2018, rakyat memilih dan menjadikan tidak ada satu pun parti dominan menjadi kerajaan. Ini berbahaya, menyebabkan dalam tempoh tiga tahun kerajaan Persekutuan bertukar tiga perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program  Moh Ngopi Menteri Besar Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau di Kampung Padang Assam di sini, hari ini.

Saarani yang juga Menteri Besar berkata, kebanyakan pengundi muda tidak mempunyai asas dalam politik selain sering mengikut trend semasa.

Beliau berkata, untuk itu anak muda perlu membuat keputusan yang betul dan mengundi bukan sebab seronok-seronok. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya