Pengedar dadah maut ketika serbuan - Utusan Malaysia

Pengedar dadah maut ketika serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengedar dadah maut semasa serbuan polis di rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Dato Senu, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 5 petang itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, semasa pasukan serbuan memasuki ke dalam rumah berkenaan, seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dipercayai penghuni rumah tersebut  ditahan.

Bagaimanapun, kata beliau, suspek bertindak agresif dengan mencapai sebilah sabit dan hendak menyerang pasukan serbuan ketika cuba menangkap suspek. 

“Dalam usaha menahan suspek, polis menggunakan kekerasan minimum untuk menangkapnya dan merampas senjata sabit tersebut.

“Setelah ditangkap, anggota serbuan menjalankan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan dan merampas dadah jenis Methamphetamine serta Heroin.

“Pada masa sama, polis mendapati suspek tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azmi, polis kemudian menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan kecemasan terhadap suspek.

“Pihak petugas kesihatan telah membuat pemeriksaan terhadap suspek dan mengesahkan dia meninggal dunia.

“Kes di siasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi rampasan dadah tersebut selain kematian diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi dari pihak Hospital Kuala Lumpur,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya