Pengecualian duti import, duit eksais dan cukai kenderaan elektrik  - Utusan Malaysia

Pengecualian duti import, duit eksais dan cukai kenderaan elektrik 

KEMUDAHAN mengecas kenderaan elektrik antara perkara yang perlu diberi tumpuan untuk memacu sektor berkenaan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong pembangunan industri EV tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, malah pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.

“Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini. 

Katanya, kerajaan melihat potensi kenderaan EV yang memiliki ciri ciri energy efficient vehicle sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN