Pengarah Kesihatan Selangor antara individu awal suntik dos penggalak - Utusan Malaysia

Pengarah Kesihatan Selangor antara individu awal suntik dos penggalak

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di negeri ini.

 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menyahut baik seruan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan pemberian dos berkenaan.

“Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri antara penerima awal suntikan penggalak tersebut.

 “Ia disusuli seramai 29 petugas kesihatan lain di Hospital Shah Alam,” katanya.

Tambah kenyataan itu, dos penggalak itu bagi memastikan perlindungan yang lebih optimum kepada Covid-19.

“Ia selaras dengan penyusutan perlindungan vaksin terutama bagi golongan berisiko tinggi,” ujarnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) memulakan proses dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, individu yang layak dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, manakala individu yang tiada akan menerima pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksin (PPV).

Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan tempoh perlindungan optimum diperoleh penerima vaksin di negara ini.

Ia melibatkan penerima dos lengkap vaksin Comirnaty keluaran syarikat Pfizer BioNTech dahulu iaitu individu tersebut akan menerima vaksin sama. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.