Penganggur maut, motosikal dilanggar Honda City - Utusan Malaysia

Penganggur maut, motosikal dilanggar Honda City

KEADAAN motosikal Yamaha yang ditunggang Muhamad Mustaqim Ahmad selepas kemalangan di Kilometer 2, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris Kampung Telaga di Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang penganggur maut dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris Kampung Telaga di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Muhamad Mustaqim Ahmad, 28, dari Kampung Langgar, Kuala Berang di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, nahas berlaku apabila motosikal Yamaha Y125ZR ditunggang mangsa dirempuh kereta Honda City dipandu seorang peniaga.

Katanya, mangsa yang dari arah bertentangan tiba-tiba mahu memasuki laluan di hadapannya hingga mengejutkan pemandu berkenaan.

“Pemandu kereta yang dari arah Kuala Ping ke Jalan Gaung itu cuba mengelak, namun kenderaannya memasuki laluan mangsa hingga berlaku pelanggaran.

“Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan dan mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Adli, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN