Penganggur dengan wang tunai RM80,000 diberkas kerana disyaki edar dadah - Utusan Malaysia

Penganggur dengan wang tunai RM80,000 diberkas kerana disyaki edar dadah

MOHD. Haki Hasbullah (tengah) menunjukkan wang tunai dan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di IPD Kemaman di Kemaman, Terengganu, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang penganggur berusia 34 tahun yang disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Kampung Lubok Lesung, Air Putih di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil aktiviti jualan dadah bernilai RM80,000 di samping 27 pil kuda.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, risikan awal mendapati suspek lelaki itu aktif mengedar dadah di sekitar Kemaman sejak beberapa bulan lalu. 

“Suspek dikesan positif dadah jenis metamfetamin dan mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah.

“Dia kini direman hingga Khamis bagi disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman hari ini. 

Mohd. Haki berkata, sejak Op Jihad Dadah 2.0 dilancarkan pada 14 Oktober lalu, pihaknya menahan 49 individu berusia antara 18 tahun hingga 71 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di Kemaman. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya