Penduduk kampung bantah pindah kuil berhampiran pe­nempatan Melayu

Penduduk kampung bantah pindah kuil berhampiran pe­nempatan Melayu

SEBAHAGIAN penduduk yang membantah cadangan memindahkan sebuah kuil berusia 100 tahun dari Ladang Bukit Bertam ke kawasan berhampiran penempatan penduduk Melayu di Kampung Sungai Raden, Rembau, Negeri Sembilan. – FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Lebih 1,000 penduduk di dua perkampu­ngan iaitu Kampung Lubok China, Sungai Timun dan Sungai Raden di sini, membantah hasrat memindahkan sebuah kuil yang didakwa berusia 100 tahun dari Ladang Bukit Bertam ke kawasan berhampiran pe­nempatan penduduk Melayu di sini.

Pengerusi Masjid Kariah Lu­bok China, Prof. Dr. Hashim Hamad, 67, berkata, desas-desus pemindahan kuil berkenaan sudah diketahui penduduk sejak lebih setahun lalu.

Bagaimanapun, pada waktu itu, penduduk masih belum mempunyai bukti kuil berke­naan akan dipindahkan ke kawasan penempatan Melayu ber­­banding di tempat asal iaitu lebih kilometer dari perkampungan tersebut.

Namun, pada Februari lalu, dua perjumpaan telah diadakan dan pihak ladang yang baharu membeli tanah masih juga ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil lama berke­naan.

“Kami tidak halang mereka untuk memindahkan kuil itu sebab ini tanah mereka, tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapa kuil ini dipindahkan ke kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

“Jika mereka pindahkan ke Bukit Kunyit yang terletak dua kilometer dari sini, kami tidak kisah kerana di sana terdapat lebih ramai masyarakat India. Oleh kerana kerja-kerja memindahkan kuil itu yang masih belum mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, kami telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota pada 23 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Raden, di sini semalam.

Sementara itu, Setiausaha Ja­watankuasa Bertindak Pemin­dahan Kuil Di Kampung Su­ngai Raden, Ghazali Yaakob, 59, terkejut apabila men­dapati kerja-kerja membersihkan kawasan ladang sawit berhampiran jalan utama Lubok China-Sungai Raden te­lah dilakukan pada 19 Oktober lalu yang bertujuan untuk memindahkan kuil lama ke lokasi tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, kerja-kerja berkenaan terhenti seketika susulan hujan lebat dan banjir yang menenggelamkan jentera berat untuk membersihkan kawasan tersebut.

“Kami segera membuat bantahan kerana pemindahan kuil ini masih lagi belum mendapat kelulusan serta majoriti penduduk iaitu lebih 1,000 orang tidak bersetuju ia dipindahkan ke sini.

“Diharapkan, bantahan kami ini akan dapat diteliti pihak bertanggungjawab dan lokasi kuil yang bakal dipindahkan biarlah bersesuaian serta bukannya di lokasi penempatan yang majo­ritinya orang Melayu,” tegasnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN