Pemulihan ekonomi luar bandar jadi fokus Belanjawan 2022

Pemulihan ekonomi luar bandar jadi fokus Belanjawan 2022

MOHD. Shahar Abdullah (dua dari kiri) menandatangani plak Majlis Pecah Projek Perusahaan Sosial Solar Dryer UMK-MoF di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pemulihan ekonomi masyarakat luar bandar merupakan aspek yang diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan Kementerian Kewangan pada hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd. Shahar Abdullah berkata, bagi tujuan itu, pihak kementerian telah turun padang untuk melihat sendiri apakah elemen terbaik bagi memastikan ekonomi luar bandar dapat diperkasa.

“Tahun ini kita menghadapi krisis berbeza dan kita adakan kenyataan prabajet untuk dikemukakan dulu kepada rakyat apakah yang ingin kita lakukan dalam semua aspek melibatkan hasil negara.

“Kita tidak menafikan ramai rakyat di luar bandar yang terkesan dan pandangan mereka akan diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Perusahaan Sosial Integrated Solar Dryer UMK-MoF di Kampung Geting, di sini hari in.

Hadir sama Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahar berkata, biarpun tumpuan diberikan bagi memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar, belanjawan kali ini tidak mengabaikan rakyat di kawasan bandar merangkumi semua golongan.

Terdahulu, Mohd Shahar memberitahu Projek Perusahaan Sosial UMK-MoF adalah hasil kerjasama pihaknya dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang membariskan 13 program dengan lima teras termasuk pemindahan ilmu.

Beliau berkata, kerjasama yang bermula sejak 2019 itu menunjukkan prestasi baik dan bertepatan dengan matlamat kerajaan yang sentiasa berusaha meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya