Peminat hoki sudah boleh masuk stadium - Utusan Malaysia

Peminat hoki sudah boleh masuk stadium

PEMINAT hoki tanah air kini boleh bersorak gembira apabila dibenarkan masuk menonton pasukan kesayangan mereka yang akan bertanding dalam kejohanan Liga Remaja Malaysia 2021 bermula 26 November depan.- IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas bola sepak, kini tiba giliran hoki untuk membawa masuk penyokong ke stadium apabila mendapat ‘lampu hijau’ bagi menyaksikan saingan Liga Remaja Malaysia 2021 yang akan bermula 26 November ini hingga 2 Januari 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, pihaknya sedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Tambahnya, MHC turut memberi jaminan hanya penonton yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 boleh ‘lolos’ masuk ke venue perlawanan.

“Sama seperti sukan-sukan lain seperti bola sepak, jika kami mendapat kebenaran daripada MKN dan KKM, maka penyokong juga dibenarkan masuk bagi menyaksikan kejohanan ini.

“MHC akan pastikan semua peraturan ditetapkan dipatuhi dari segi jarak dan kapasiti serta penonton perlulah sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Keputusan ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan, Sabtu ini,” jelasnya dalam sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kejohanan tersebut akan dilangsungkan dalam dua divisyen dengan lapan pasukan akan berada dalam divisyen satu, manakala 17 lagi divisyen dua.

Sementara itu, Piala Tun Abdul Razak 2021 yang akan berlangsung pada 10 hingga 20 November 2021 hanya akan diketahui setelah mendapat jumlah penyertaan negeri, Isnin depan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya