Pembelaan kes Adib diteruskan - Utusan Malaysia

Pembelaan kes Adib diteruskan

REEZAL Merican Naina Merican (tengah) hadir pada majlis penyerahan kunci kepada penerima rumah IKRAM Keluarga Malaysia di PPR Lembah Subang 2 hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan pembelaan terhadap kematian kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan.

Beliau berkata, dalam keadaan apa-apa sekali pun, pembelaan itu perlu diteruskan sama ada dalam apa-apa bentuk keadilan yang perlu dilakukan. 

“Namun kadangkala ia bukan mudah, soal inkues adalah hanya untuk menentukan kos of death dan bukan siapa yang menyebabkan kematian. 

“Tetapi selepas itu memerlukan siasatan yang bukan lagi di bawah inkues, (tetapi) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak perkara dilalui dan dilakukan.

“Soal kes adib telah ada dalam siasatan KDN dan saya sendiri sudah bertanya kepada Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan mungkin dalam masa terdekat memperoleh dapatan. 

“Insya-Allah saya berjaminan apa-apa pun pembelaan terhadap kematian Adib tetap diteruskan dan tidak berhenti,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan kunci kepada sembilan penerima inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah Ikram Keluarga Malaysia) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, hari ini. 

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya pada 27 November 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya