fbpx

Pemandu Honda Civic terbabas sendiri

REMUK keadaan kereta yang menyebabkan pemandu maut sebelum bomba berjaya mengeluarkannya dalam kejadian kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang, di Subang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemalangan yang melibatkan seorang pemandu maut dan rakannya cedera parah awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada kereta Honda Civic yang dipandu hilang kawalan di Bukit Jelutong, di sini.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Danial Afiq, 22, rakannya yang merupakan seorang wanita dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing sebelum kenderaan dipandu hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan lalu berpusing ke arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, susulan merempuh penghadang jalan, mangsa kemudian tersepit sebelum dikeluarkan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, rakannya berusia 20 tahun dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan. 

“Siasatan polis mendapati kereta Honda Civic yang dipandu Muhammad Danial dari arah Sungai Buloh ke Shah Alam dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian. 

“Kereta itu seterusnya telah melanggar pengadang jalan di sebelah kiri jalan lalu berpusing menghadap arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Muhammad Danial disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi penumpang dalam kereta itu pula mengalami cedera parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 4.20 pagi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah mengeluarkan mengeluarkan Muhammad Danial yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. 

Sementara itu, Baharudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 0148066744. 

Menurutnya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI