Pemandu e-hailing tunjuk kemaluan diburu  - Utusan Malaysia

Pemandu e-hailing tunjuk kemaluan diburu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu e-hailing yang menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita dalam kejadian di hadapan bangunan pejabat di Subang Jaya di  sini, Selasa lalu.

Ini susulan laporan diterima polis daripada seorang wanita berhubung kejadian itu pada pukul 6.36 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ,Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, menurut pengadu, dia mengambil barang yang dipesan daripada pemandu e-hailing berkenaan di hadapan bangunan pejabatnya sebelum ternampak zip seluar suspek dalam keadaan terbuka sehingga menampakkan kemaluan lelaki terbabit.

“Ketika wanita itu mahu mengambil barang daripada suspek, lelaki itu bertindak memegang pergelangan tangan kiri wanita berkenaan.

“Namun, wanita itu menarik tangannya dan terus beredar dari lokasi. Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Abd. Khalid berkata, ketika kejadian, suspek menggunakan Proton Bezza yang berbeza dari rekod dalam pesanan aplikasi syarikat e-hailing berkenaan.

Ujarnya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. 

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN