Pelancong dari 20 negara dibenar masuk ke Langkawi  - Utusan Malaysia

Pelancong dari 20 negara dibenar masuk ke Langkawi 

SERAMAI 50,000 pelancong asing dari 20 buah negara dijangka mengunjungi Langkawi sehingga hujan tahun ini selepas pelaksanaan gelembung pelancong antarabangsa bermula 15 November depan. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mencadangkan sebanyak 20 buah negara dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko rendah bagi pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa di pulau peranginan ini bermula 15 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, perkara tersebut dibincangkan bersama antara LADA, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya secara dalam talian semalam.

Menurutnya, antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu ialah China, Arab Saudi, United Kingdom, Australia, Singapura, Jerman, Jepun dan Taiwan.

“Kita menyokong cadangan Kementerian Kesihatan untuk membenarkan hanya negara berisiko rendah memasuki Langkawi bagi pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa itu,” katanya ketika ditemui di Kompleks LADA di sini hari ini.

Katanya, cadangan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

Jelas beliau, LADA menyasarkan kemasukan 50,000 pelancong asing sehingga hujung tahun ini melalui pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa tersebut.

“LADA tidak meletakkan sasaran yang tinggi berikutan belum ada keputusan muktamad mengenai penerbangan terus dari negara luar ke Langkawi,” katanya.

Sementara itu, Nasaruddin memberitahu, seramai 158,239 pengunjung telah memasuki Langkawi setakat semalam sejak pelaksanaan gelembung pelancongan domestik pada 16 September lalu.

Katanya, pada September, purata kemasukan pelancong adalah 2,500 orang sehari dan jumlah purata itu meningkat kepada 3,700 orang sehari pada dua minggu pertama Oktober.

Tambahnya, sejak rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu, purata kemasukan pengunjung ke Langkawi meningkat hampir dua kali ganda, sehingga 5,000 orang sehari.

“Angka ini menunjukkan orang ramai sudah yakin untuk keluar melancong semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.