Pekerja asing bergejala cetus kluster 154 kes punca 2 Ladang Bera Selatan kena PKPD - Utusan Malaysia

Pekerja asing bergejala cetus kluster 154 kes punca 2 Ladang Bera Selatan kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua buah skim ladang persekutuan di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula esok iaitu kawasan Ladang Felda Bera Selatan 5 dan 7 dalam Daerah Bera.

Ia disebabkan tercetusnya Kluster Sawit Bera Selatan berasal daripada kes indeks seorang pekerja warga asing bergejala pada Ahad lalu kemudian menjangkiti 154 individu lain pula.

Ujian saringan kontak rapat dan pengesanan giat dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Pahang melibatkan 289 pekerja di estet milik syarikat tempatan FGV Holdings Berhad itu yang sehingga kini mencatatkan 13 kluster aktif dengan paling ramai pesakit Covid-19 secara kumulatif ialah Kluster Dusun Pak Senam iaitu 864 kes.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, bagaimanapun tiada lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD malahan satu lokaliti di Pahang iaitu Kampung Baru Cenderawasih, Daerah Pekan ditamatkan esok.

RODZI MD. SAAD

Turut berakhir PKPD serentak juga esok setelah dikenakan sekatan itu pada 23 September lalu ialah Perumahan Ladang Felda Umas 6, Daerah Kalabakan, Bahagian Tawau di Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya