PDRM kerah anggota tambahan bagi PRN Sarawak ke-12 - Utusan Malaysia

PDRM kerah anggota tambahan bagi PRN Sarawak ke-12

Mazlan Lazim (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang pesara polis, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak akan mengerahkan lebih 7,000 pegawai dan anggotanya untuk ditugaskan mengawasi perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 jika diadakan nanti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, PDRM akan menempatlan pegawai dan anggota dari Semenanjung jika keadaan memerlukan nanti.

Beliau berkata, PDRM telah membuat persediaan rapi memandangkan PRN Sarawak pada kali ini bakal dilangsung semasa negara masih lagi berdepan pandemik Covid-19 dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Mazlan berkata, pihak PDRM telah pun menerima arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang pelaksanaan SOP semasa pengundian (PRN Sarawak) nanti.

“Kami (PDRM) akan bersama-sama melaksanakan dan menguatkuasakan apa pun perkara berkaitan SOP, jadi memang pihak kita berharap sangat yang nak pergi mengundi akan mematuhi SOP yang diberikan bagi memudahkan proses PRN itu nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Kuching hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan bakul makanan kepada asnaf dan pesara polis di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Bagi PDRM kontinjen Sarawak, Mazlan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dan telah siapsaga untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“PDRM sudah bersedia dari segi anggota dan aset-asetnya dengan lebih 7,000 pegawai dan anggotanya di Sarawak yang akan dikerahkan bagi menghadapi tugas semasa PRN nanti.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan dan jika diperlukan lebih ramai anggota, kita bersedia untuk menambah bilangannya termasuk membawa pegawai dan anggota dari Semenanjung,” katanya.

Beliau menambah, setakat ini jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi berapa jumlah sebenar yang akan bertugas tidak dapat diputuskan sekarang sebab belum ada lagi pengumuman PRN.

“Buat masa ini kita memang sudah bersiap sedia dengan lebih 7,000 untuk tugas PRN di Sarawak,” tambah beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 38 orang penerima termasuk 20 orang asnaf PDRM, 12 orang pesara PDRM termasuk dua orang yang terlantar sakit di rumah dan seorang anak yatim.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.