Pasfa tanam 400 pokok Musang King - Utusan Malaysia

Pasfa tanam 400 pokok Musang King

AZULITA Salim (tiga dari kanan) menyiram pokok durian Musang King yang ditanamnya di Projek Pembangunan Pertanian Bercampur Ladang Kampung Mahkota di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak RM280,000 diperuntukkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kepada Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) untuk menanam pokok durian premium, Musang King. 

Sebanyak 400 pokok durian Musang King ditanam bermula bulan depan di tanah seluas 20 hektar di Ladang Pasfa di Kampung Mahkota, di sini. 

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, kelulusan itu bagi membolehkan Pasfa mengoptimumkan penggunaan tanah ladang di situ. 

“Musang King dipilih kerana durian ini menghasilkan pulangan (pendapatan) yang cukup baik sepertimana diusahakan pengusahanya di negeri ini. 

“Selepas ditanam, dijangkakan dalam masa empat ke lima tahun, akan memperoleh hasilnya,” katanya selepas melawat Projek Pembangunan Pertanian Bercampur Ladang Kampung Mahkota, di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Pengerusi Pasfa, Datuk Zamri Yaakob.

Mengulas lanjut, Azulita berkata, penanaman durian premium tersebut sebagai tambahan projek tanaman durian sedia ada di ladang Pasfa. 

“Usaha sedang dijalankan untuk membaik pulih sebanyak 200 pokok durian sedia ada yang berusia lebih 20 tahun dengan pelbagai jenis seperti D24, IOI dan durian kampung. 

“Kesemua pokok berkenaan masih mengeluarkan hasil dan memberikan pulangan kepada Pasfa,” katanya. 

Beliau dalam pada itu berkata, Projek Pembangunan Pertanian Bercampur Ladang Kampung Mahkota akan dijadikan antara lokasi agropelancongan di negeri ini. 

“Di sini sudah ada tanaman kelapa pandan, buah dokong, madu kelulut. Jadi lokasi akan dibuka bagi kita kenalkan kepada generasi muda tentang produk yang ada di sini sekali gus melonjakkan industri pelancongan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN