[PARLIMEN]Polis serbu 7,374 pusat judi tanpa lesen sejak Januari hingga 31 Ogos - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]Polis serbu 7,374 pusat judi tanpa lesen sejak Januari hingga 31 Ogos

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerbu 7,374 kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen, sementara 7,795 orang telah ditangkap.

Memaklumkan perkata itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, jumlah tersebut adalah statistik sepanjang Januari 2021 sehingga 30 ogos 2021.

“Sejak 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2021 serbuan yang telah oleh pihak PDRM adalah sebanyak 7,374 dan mereka telah membuat tangkapan ke atas 7,795 orang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) meminta kerajaan menjelaskan berapakah jumlah pendakwaan dan juga serbuan yang telah dijalankan sejak PKP pada 18 Mac tahun lepas sehingga kini.

Dalam pada itu, Jonathan turut berkata, kementeriannya mengambil langkah serius bagi membendung peningkatkan aktiviti judi tanpa lesen.

Katanya, kebanyakan aktiviti yang berlaku sepanjang PKP beroperasi di negara luar seperti Singapura, Kemboja dan China memandangkan aktiviti judi termasuk berlesen tidak dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan.

Beliau turut memaklumkan, kementeriannya juga akan membuat semua pertimbangan termasuk meminda undang-undang sedia ada bagi membendung aktiviti judi tanpa lesen. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN