[PARLIMEN] Tiada surat kelulusan lombong hutan simpan kekal - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Tiada surat kelulusan lombong hutan simpan kekal

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKPSM) dikeluarkan untuk lombong atas tanah berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, surat tersebut tersebut adalah bagi membolehkan syarikat menjalankan sebarang operasi di kawasan lombong.

“Secara umumnya, sebelum sesebuah syarikat memulakan aktiviti perlombongan di kawasan hutan, syarikat perlu memohon kebenaran Lesen Carigali Prospecting Licence (PL) atau Lesen Menjelajah, Exploration Licence (EL) bagi tujuan kerja cari gali atau eksplorasi mineral daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), kemudian disusuli dengan kelulusan pajakan melombong.

“Selanjutnya, syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Negeri untuk mendapatkan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKPSM).

“Pada masa ini, tiada SKSPM akan dikeluarkan untuk lombong di atas tanah berstatus Hutan Simpanan Kekal atau rizab perlindungan serta kawasan yang diwartakan sebagai kawasan sensitif alam yang lain,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata,  demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Wong Chen (PKR-Subang) yang mencadangkan supaya aktiviti perlombongan di kawasan hutan tidak dibenarkan.

Malah jelas Takiyuddin, kementerian tidak bersetuju jika ada mana-mana cadangan bagi pewartaan keluar kawasan Hutan Simpanan Kekal untuk tujuan perlombongan,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN