KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan kanabis untuk perubatan sedang dikaji oleh kerajaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kajian itu termasuklah mengenai undang-undang bagi mengawal pengunaan kanabis jika ia diluluskan.
“Memang betul kita sedang kaji melalui jawatankuasa yang dibentuk dan beberapa kementerian sedang melihat bagaimana hendak mencari jalan sama ada kegunaan kanabis untuk tujuan perubatan boleh dilakukan.
“Kajian juga dijalankan bagaimana mana undang-undang boleh digunakan nanti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) meminta kerajaan menjelaskan sama ada penggunaan kanabis dibenarkan bagi tujuan perubatan memandangkan perkara itu telah dibincangkan Kabinet ketika era Pakatan Harapan (PH).
Tambah beliau, kebenaran itu dapat membantu meningkatkan pendapatan baharu negara di samping merawat masalah kesihatan mental anak-anak.- UTUSAN ONLINE