[PARLIMEN] Maklumat Program TRP diumum tidak lama lagi - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Maklumat Program TRP diumum tidak lama lagi

YAMANI HAFEZ MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maklumat terperinci mengenai Program Bantuan Sementara (TRP) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, program yang dikendalikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah bertujuan untuk mengurangkan beban pinjaman yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“AKPK sedang membangunkan program bantuan sementara atau TRP untuk kurangkan beban pinjaman individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran memulihkan aliran tunai mereka selepas berakhirnya bantuan bayaran balik di bawah program pemulih akibat pendapatan yang terus terjejas.

“Maklumat terperinci program ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Peminjam turut akan menerima nasihat kewangan daripada AKPK termasuklah dari segi perancangan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan peminjam pendidikan plberienana pengurusan kewangan dan rujukan kepada agensi lain bagi membantu meningkatkan keupayaan pendapatan peminjam,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Mohd. Salim Sharif meminta kementerian kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para pinjaman menerusi moratorium dan kesediaan kerajaan untuk menghapuskan faedah tersebut.

Tambah Yamani Hafez lagi, langkah yang dilakukan kerajaan itu sekali gus menolak dakwaan ramai pihak bahawa akan ada golongan yang terjejas sekiranya moratorium berakhir nanti.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan yang kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung penghapusan faedah terakru terhadap peminjam yang terkesan.

Jelasnya, berdasarkan perbincangan awal dengan institusi perbankan, penghapusan faedah terakru akan memberi kesan terhadap kewangan sektor terbabit, serta pemegang saham mereka. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN