[PARLIMEN] Lapan daripada 22 cabutan khas nombor ramalan diluluskan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Lapan daripada 22 cabutan khas nombor ramalan diluluskan

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan hanya meluluskan lapan daripada 22 cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini.

Namun begitu, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, tujuh daripadanya telahpun dibatalkan cabutannya.

“Untuk maklumat Yang Berhormat, walaupun 22 kali cabutan yang diluluskan tahun ini tidak semua dilaksanakan. Setakat hari ini hanya lapan sahaja berjaya dilaksanakan, tujuh terpaksa dibatalkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai status baki tujuh cabutan yang dibatalkan, jelas Shahar lagi, ia akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat sama ada diteruskan atau sebaliknya.

“Baki (jumlah cabutan) akan kita nyatakan dalam tempoh terdekat. Saya harap YB dapat bersabar, dalam masa terdekat kita akan beri satu kenyatan berkaitan perkara itu.

“Kerajaan akan mengambil maklum dan meneliti setiap cadangan dikemukakan Yang Berhormat (cabutan khas nombor ramalan) dan dalam masa terdekat kerajaan akan mengumumkan,” ujarnya lagi.

Beliau dalam masa yang sama turut menolak dakwaan kononnya kerajaan bergantung kepada cabutan khas nombor ramalan sebagai hasil negara.

“Banyak lagi hasil negara kerana hasil negara ada tiga kelompok besar, hasil cukai, hasil bukan cukai dan perkara tak melibatkan cukai,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan pembangkang supaya Putrajaya menyemak semula keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN