PETALING JAYA: Cadangan bagi mengurangkan kadar tol di di negara ini masih dalam peringkat kajian.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan juga sedang meneliti pilihan sesuai termasuk mempertimbangkan bebanan kewangan kerajaan dan impak kepada ekonomi.
“Kajian sedang dilakukan termasuk meneliti pelbagai inisiatif dan kaedah bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya di negara ini.
” Kita juga dalam masa sama membenarkan syarikat konsesi lebuh raya mencadangkan kaedah penstrukturan semula kewangan syarikat bagi tujuan pengurangan kadar tol.
“Semua cadangan berhubung perkara ini akan dibincangkan di antara Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan agensi berkaitan bagi mencapai keputusan secara holistik,” katanya dalam penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE










