[PARLIMEN] Hentikan penghinaan berbaur perkauman - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Hentikan penghinaan berbaur perkauman

HALIMAH MOHAMED SADIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden penghinaan berunsur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan badminton wanita negara, S Kisona tidak sepatutnya berlaku.

Malah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique, berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima masyarakat Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa.

“Jangan bangkitkan api perkauman dan elak menggunakan kata yang menghiris hati dan perasaan kaum lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian Keluarga Malaysia,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir pihak termasuk ahli politik yang mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap Kosina yang bertanding dalam Piala Sudirman di Finland, baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN