[PARLIMEN] Bank terus sediakan bantuan untuk peminjam terkesan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Bank terus sediakan bantuan untuk peminjam terkesan

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pakej bantuan bagi peminjam yang terkesan dan memerlukan bayaran balik pinjaman selepas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) tamat akan terus disediakan oleh pihak bank.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, ia termasuklah pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam.

“Program-program ini dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan institusi perbankan dan mempunyai ciri-ciri seperti ansuran bulanan yang berkurangan, pelanjutan tempoh bayaran balik dan program sokongan daya tahan kewangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) meminta kerajaan menjelaskan adakah terdapat usaha untuk melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan serta memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru.

Shahar dalam masa yang sama turut menjelaskan, peminjam juga boleh memohon pelbagai program yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) seperti Program Pengurusan Hutang, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan.

Tambah beliau, bank-bank turut bersedia untuk memberi bantuan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang terjejas.

“Permohonan moratorium di bawah Pemulih masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan dan mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing.

“Sekiranya peminjam menghadapi kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) secara terus melalui BNM Telelink di talian 1-300-88-5465,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya