Pangsapuri dijadikan tempat pelacuran diserbu - Utusan Malaysia

Pangsapuri dijadikan tempat pelacuran diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan empat warga asing yang menjadikan pangsapuri persendirian di Taman Usahawan, Kepong dekat sini sebagai sarang pelacuran sejak tiga minggu lalu terbongkar selepas diserbu polis semalam.

Keempat-empat wanita berusia 26 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan pukul 10 malam itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai anggaran RM300, kondom, minyak urut dan pelincir.

“Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahgunakan permit pekerjaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak terbabit di dalam aktiviti tidak sihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03-40482206.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.