Operasi Hospital Medan di HPP berjalan lancar  - Utusan Malaysia

Operasi Hospital Medan di HPP berjalan lancar 

OPERASI Hospital Medan yang dibangunkan ATM di Hospital Pulau Pinang (HPP) berjalan lancar dengan 37 pesakit Covid-19 ditempatkan serta menjalani rawatan di situ ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Operasi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, berjalan lancar dengan 37 pesakit Covid-19 ditempatkan serta menjalani rawatan di situ. 

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan, Leftenan Kolonel Dr. Mohd. Zamri Derahman berkata, kesemua mereka adalah pesakit Covid-19 tahap empat dan lima yang berusia antara 26 hingga 78 tahun. 

“Operasi di Hospital Medan berjalan lancar dan kita telah tempatkan 37 pesakit terdiri daripada 21 pesakit lelaki serta 16 pesakit wanita dan mereka adalah pesakit tahap empat dan lima. 

“Selain itu, tujuh pesakit sudah dibenarkan keluar dari wad selepas menerima rawatan dan mereka terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Hospital Medan di HPP tersebut telah beroperasi sepenuhnya 24 September lalu dengan pesakit pertamanya ialah seorang warga emas berusia 60 tahun. 

Hospital medan di HPP itu mula dibina pada 16 September lalu bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di HPP. 

Ia adalah hospital medan yang kesembilan dibina oleh ATM serta yang kedua dibina di Pulau Pinang selepas di Hospital Kepala Batas selain turut dibina di Hospital Sultanah Aminah di Johor, Labuan dan Tawau. 

Sebanyak 100 katil yang dilengkapi sumber oksigen ditempatkan di hospital tersebut iaitu empat buah untuk Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bakinya untuk pesakit tahap empat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya