Nur Sajat temui 'kebahagiaan' di Australia - Utusan Malaysia

Nur Sajat temui ‘kebahagiaan’ di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mengakui telah menemui kebahagiaan di Australia.

Menerusi perkongsian secara ‘live’ di Instagramnya semalam, Nur Sajat memberitahu bahawa dia bukan sahaja diterima sebagai wanita, malah kerajaan negara itu banyak membantunya untuk memulakan kehidupan baharu di sana.

“Tambah pula, kedutaan Australia banyak membantu saya dari segi kemahiran dan percakapan. Mereka beri saya kelas tuisyen untuk memperbaiki bahasa Inggeris.

“Mereka bantu dari segi kemahiran perniagaan, rumah dan semua benda.

“Mereka sangat bertanggungjawab ke atas diri saya. Saya sangat bersyukur dan bangga. Ini adalah peluang kedua untuk saya tunjukkan kepada dunia, siapa diri saya dan saya rasa bebas sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan netizen berkenaan status agamanya, Nur Sajat berkata perkara itu bersifat peribadi dan meminta agar masyarakat menghormati pendiriannya.

“Kalau saya masih Islam, biarlah saya dengan Islam saya, anda dengan Islam anda. Ini lebih menghormati dan tidak perlu menghukum saya atau apa. Kita hormat antara satu dengan yang lain. Itu sahaja.

“Kalau anda nak berkata macam-macam pun tak guna kerana saya dengan cara Islam saya, anda dengan cara Islam anda.

“Terima kasih, saya hargai nasihat tetapi saya ada pendirian saya dan kita hormat antara satu sama lain, itu sahaja,” katanya lagi.

Sebelum ini, usahawan sensasi ini telah menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand.

Namun pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen Thailand kerana miliki passport tidak sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya