Nelayan cari kerang ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Nelayan cari kerang ditemukan lemas

MAYAT nelayan ditemukan setelah terjatuh dari bot ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh dari bot ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis di sini, ditemukan lemas hari ini.

Mangsa, Sharil Daud, 33, yang dipercayai terjatuh dari botnya kira-kira pukul 1.30 petang tadi, ditemukan terapung di perairan tersebut lebih kurang pukul 7 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd. Akmal Hussin, berkata, maklumat orang awam pada pukul 3.35 petang menyatakan terdapat seorang lelaki hilang ketika mencari kerang dengan bot mangsa ditemui kira-kira 1.5 batu nautika dari Jeti Bagan Panchor.

“Berikutan itu, operasi pencarian dilakukan pasukan bomba dan penyelamat Pantai Remis dengan kekuatan dua penyelia dan empat anggota menggunakan dua bot.

“Operasi pencarian turut dibantu 10 bot nelayan Bagan Panchor dengan radius pencarian sekitar 500 meter daripada kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, mangsa ditemukan oleh nelayan yang ikut serta dalam operasi tersebut.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut pada pukul 7.30 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya