PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menerima suntikan dos penggalak hari ini.
Menurut laman Twitter kementerian itu, bekas Perdana Menteri dan isterinya itu menerima suntikan penggalak itu pusat vaksinasi Axiata Arena (PPV) Bukit Jalil.
Dalam pada itu, kementerian memaklumkan pemberian dos penggalak itu menggunakan kaedah vaksin campuran.
“Kaedah vaksin mix and match atau heterologus telah disahkan selamat dan berkesan.
“Dos penggalak adalah bagi mereka yang mana dos lengkap sudah mencukupi, tetapi dalam beberapa bulan, tindak balas sistem imun mula menurun,” tulis kementerian itu. – UTUSAN ONLINE