Menyamar polis elak bayar sewa rumah - Utusan Malaysia

Menyamar polis elak bayar sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dipercayai untuk melindungi dirinya dalam perselisihan faham mengenai isu sewa rumah di Taman TTDI Grove, Kajang, Sabtu lalu mengundang padah apabila dia ditahan pasukan keselamatan itu..

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima maklumat mengenai pertengkaran di kawasan berkenaan berhubung isu sewa rumah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian itu bagaimanapun dapat dileraikan orang awam dan suspek yang berada di situ mengaku dirinya seorang anggota polis dipercayai untuk melindungi dirinya daripada diapa-apakan.

“Oleh kerana curiga dengannya, saksi kejadian kemudian menghubungi polis untuk hadir ke lokasi dan melakukan siasatan.

“Suspek berusia 30-an itu direman tujuh hari sehingga 22 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohd Zaid, hasil pemeriksaan anggota unit peronda di tempat kejadian mendapati lelaki itu bukanlah anggota polis dan dia hanya menggunakan kad kuasa yang palsu.

“Susulan itu, suspek ditahan dan siasatan lanjut menemukan beberapa peralatan polis termasuk seragam operasi polis yang tertera nama suspek, kasut, tali pinggang dan satu unit gari selain kad kuasa polis yang dirampas,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya