Melaka bergolak: Bersatu akan keluar kenyataan - Utusan Malaysia

Melaka bergolak: Bersatu akan keluar kenyataan

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perbincangan  dalam masa  terdekat berikutan perkembangan politik semasa melibatkan Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.

“Saya mengambil maklum mengenai laporan berita berkaitan Kerajaan Negeri Melaka.

“Pimpinan tertinggi Bersatu akan membincangkan perkembangan ini dengan segera dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh parti,” katanya dalam kenyataan di status Facebook hari ini. 

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Kerajaan Negeri Melaka sebentar tadi.

Mereka ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN