fbpx

ME ke-41 tunjuk trend positif seiring peratusan vaksinasi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan,  kes harian Covid-19, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil di hospital dan unit rawatan rapi (ICU) terus menunjukkan tren penurunan pada MingguI Epidemiologi (ME) ke-41 selari dengan peningkatan liputan vaksinasi di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tren positif ini turut menjadikan aktiviti pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif ‘reopening safely’ lebih meyakinkan berdasarkan ME ke-41 dari 10 sehingga 16 Oktober lalu.

Katanya, kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan sebanyak 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40) kepada 52,321 kes (ME ke-41) namun jumlah kes baharu Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur mulai menunjukkan tren mendatar.

“Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40) kepada 105,497 kes (ME ke-41) manakala kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40) kepada 593 kes (ME ke-41).

“Bagi kes rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 12.0 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40) kepada 684 kes (ME ke-41) manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40) kepada 292 kes (ME ke-41),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 83 kluster yang dilaporkan pada ME ke-41 menunjukkan tempat kerja menjadi kluster terbanyak.

Katanya, sebanyak 37 (44.6 peratus) kluster tempat kerja; 25 (30.1 peratus) kluster komuniti; 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan; sembilan (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu (1.2 peratus) kluster pusat tahanan.

“Bagi aspek vaksinasi sehingga 16 Oktober lalu, seramai 25,079,220 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan sebanyak 91.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin lengkap manakala 67.8 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin lengkap.

“Penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan tren penurunan sekitar satu hingga tiga peratus pada ME ke–41 berbanding ME ke-40 yang mana sebanyak 29,809 katil di PKRC dan 15,653 buah katil wad biasa; 1,400 katil wad ICU dan 2,863 alat bantuan pernafasan diperuntukkan bagi merawat pesakit Covid-19, kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI