MBSP pertama bina Pusat Pendidikan Hijau  - Utusan Malaysia

MBSP pertama bina Pusat Pendidikan Hijau 

ROZALI Mohamud (dua dari kiri) menunjukkan hasil tuaian cili yang ditanam di Pusat Pendidikan Hijau kepada Ahmad Fuzi Abdul Razak (kanan) pada majlis perasmian Pusat Pendidikan Hijau di Padang Chempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Kerjasama strategik menggunakan pendekatan perkongsian pintar bersama beberapa pihak lain membolehkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang membentuk, membina serta menguruskan sebuah pusat pendidikan berteraskan pertanian di sini. 

Dikenali sebagai Pusat Pendidikan Hijau, projek itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.56 hektar di Padang Chempedak hasil memorandum persefahaman (MoU)  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan syarikat Urbanest Sdn. Bhd., Mac lalu. 

Menggunakan konsep sistem kitaran ekonomi yang menyingkirkan bahan buangan atau bahan yang tidak digunakan untuk menghasilkan tanaman berkualiti, proses menuai hasil sayur-sayuran di situ termasuk cili dibuat beberapa kali sejak mula diusahakan. 

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, fokus pusat pendidikan itu adalah untuk memberikan ilmu berkaitan pertanian digital dan ekonomi kitaran yang berteraskan sistem akuaponik, fertigasi, kompos, kraf dan penggunaan teknologi internet benda (IoT) dan pengesanan kepada peserta. 

“Selain itu, pusat pendidikan tersebut  berperanan sebagai lokasi kursus dan bengkel kepada komuniti serta menjadi lokasi untuk sebarang kajian dan konsultasi berkaitan, tempat penyediaan modul latihan dan bengkel,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Hijau yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini. 

Dalam pada itu,  Rozali berkata, MBSP akan meningkatkan dan memperluas skop berkebun di belakang rumah dan berkebun di beranda atau yang telah dilaksanakan di peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pertanian bandar mulai tahun depan.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya