fbpx

Mangsa banjir termenung di Batu Berendam dibantu

ORANG ramai beratur untuk mendapatkan bantuan kit makanan di Batu Berendam, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 500 penduduk yang terkandas dalam bencana banjir termenung di kawasan Batu Berendam di sini sejak kelmarin, mendapat bantuan awal kit makanan daripada Pasaraya Econsave Cash & Carry (Econsave). 

Pegawai Perhubungan Awam Econsave, Azhar Dorajah berkata, kit makanan itu disalurkan kepada penduduk di sekitar Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya dan Taman Tamby Chik Karim. 

“Kami mendengar keluhan daripada penduduk di kawasan Batu Berendam yang memberitahu mereka sukar keluar untuk membeli barang keperluan gara-gara kediaman mereka masih digenangi banjir termenung. 

“Ketika kami datang menghulurkan bantuan kit makanan bermula pukul 8 pagi, air banjir masih di paras lutut dan semua penduduk bertungkus-lumus cuba menyelamatkan harta benda di kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya membekalkan makanan kering termasuk aneka biskut, mi segera dan roti.

“Setiap kit makanan ini bernilai RM30 mengandungi pelbagai makanan kering, memandangkan dalam keadaan bencana ini memang agak mencabar untuk memasak di dapur. 

“Secara keseluruhan kita mengagihkan bantuan makanan bernilai RM15,000 di kawasan tersebut dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan di kawasan terjejas yang lain,” jelasnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI