Malaysia B-22 mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Malaysia B-22 mula langkah kanan

BARISAN kesebelasan utama skuad Bawah 22 tahun negara dalam aksi pertama Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 menentang Laos di Stadium MFF, Ulaanbaatar, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad Bawah 22 tahun (B-22) memulakan aksi pertama Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Laos di Stadium MFF, Ulaanbaatar, semalam.

Kemenangan itu meletakkan skuad negara memimpin kumpulan J selepas mengumpul tiga mata.

Pada babak pertama, jelas dapat dilihat kelebihan daripada segi penguasaan bola lebih memihak kepada pasukan negara dengan 69 peratus berbanding Laos (31 peratus) namun hanya empat percubaan dengan satu percubaan tepat berjaya dilakukan.

Peluang terbaik pasukan negara hadir menerusi rembatan Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-36 namun berjaya dinafikan penjaga gol Solasak Thilavong.

Bersambung babak kedua, percaturan Maloney melakukan beberapa pertukaran berjaya membuahkan hasil.

Bermula menerusi hantaran lintang rendah tonggak Penang FC Quentin Cheng sebelum disambar Muhammad Nur Azfar Fikri berjaya menghasilkan gol pertama buat pasukan negara pada minit ke-68 sekali gus jaringan kemenangan buat pasukan negara.

Jaringan itu juga membolehkan Azfar muncul pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya